- Dari pusat hingga lutut
Aurat dengan lelaki ajnabi (muslim/non-muslim))
- Seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan
Aurat dalam solat
- Seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan
Aurat dengan wanita non-muslim
- Sama dengan aurat di hadapan lelaki ajnabi.
Ini berdasarkan hujah bahawa dibimbangkan wanita non-muslim
akan mendedahkan perihal aurat kita kepada lelaki ajnabi.
Namun, dalam situasi tertentu seperti di asrama/bilik dan
jika dia (non-muslim) baik moralnya; maka dibolehkan menampakkan anggota badan
yang biasa terdedah seperti rambut, leher, tangan hingga ke siku dan kaki.
Aurat dengan mahram
- Dari pusat hingga lutut
Aurat dengan kanak-kanak
i. Kanak-kanak belum mumaiyiz (tiada aurat)
ii. Kanak-kanak mumaiyiz yang tiada syahwat (dari pusat hingga lutut)
iii. Kanak-kanak mumaiyiz yang punya syahwat (seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan)
Aurat dengan suami
- Tiada aurat
Muslimah yang cantik ialah muslimah yang sentiasa
menyembunyikan kecantikannya daripada lelaki ajnabi.
Kecantikannya dipelihara rapat hanya buat lelaki yang bergelar SUAMI.
Subhanallah. :)
Wahai Mawar Agama tersayang,
peliharalah dirimu luar dan dalam dengan sebaik-baiknya.
Dirimu terlalu berharga.
Jadilah dirimu sekuntum Mawar Agama yang sentiasa dirindui Taman Firdausi.
No comments:
Post a Comment